fbpx

Seorang lagi individu didakwa sertai jenayah Geng Upik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis yang membawa pesalah yang juga ahli kumpulan Geng Upik tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini mendakwa seorang lagi individu yang menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.

Menerusi pendakwaan ini, ia secara keseluruhan secara ini menjadikan seramai 14 individu didakwa menganggotai kumpulan itu selepas 11 individu termasuk seorang bergelar datuk didakwa pada 22 Januari lalu dan dua individu didakwa pada 1 Mac lalu.

Tertuduh ke-14, Mohd Fikrie Isme, 28, didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Mohd Fikrie yang kini sedang menjalani tahanan berkaitan dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor selama tiga tahun bermula 9 Disember 2023 dituduh menganggotai Geng Upik antara 2022 hingga 12 Oktober 2023 di Kota Kinabalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Lina Hanini Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim, membenarkan permohonan DPP bagi memindahkan kes Mohd Fikrie ke Mahkamah Tinggi bersama 13 tertuduh terdahulu.

Mereka ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Dua lagi tertuduh ialah Norsyafilah Pawawoi, 28, yang juga seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 2018 atas kesalahan mengedar dadah dan Zulkahar Dusing, 29.

Sementara itu, semua mereka bakal dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada pukul 2 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI