fbpx

Penjawat awam Selangor terima bantuan sebulan gaji sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 akan diberikan kepada penjawat awam di Selangor sempena Aidilfitri kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran Selangor.

Katanya, pemberian tersebut diberikan setelah melihat kutipan hasil negeri setakat ini berada landasan yang betul.

“Semalam saya periksa kutipan hasil negeri. Setakat ini, kita (kerajaan negeri) sudah berjaya mengutip RM700 juta dan saya optimis ia boleh capai sasaran RM2.2 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Mahabah Ramadan Madani Menteri Besar Selangor bersama Penjawat Awam Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Menurut beliau, BKK juga akan diberikan kepada penggerak masjid seperti nazir, imam, bilak, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dengan nilai
RM500.

Kata Amirudin lagi, kumpulan pemimpin masyarat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru/bagan/tersusun, ketua komuniti India, penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor pula akan diberi elaun sebulan.

“Imelibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri berjumlah RM45 juta dan BKK akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada 8 April ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin memberitahu, notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dijangka diserahkan kepada pejabat Speaker Selangor pada Isnin depan.

Ini selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser awal semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI