fbpx

Pelatih pusat pemulihan dadah kena dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian seorang pelatih pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng di sini yang didakwa menjadi mangsa dera serta dibelasah teruk sehingga mengalami kecederaan di sebelah matanya seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pada pukul 6.58 petang hari Selasa lalu, kaunter aduan Balai Polis Broga telah menerima laporan polis dari seorang wanita menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada dalam sebuah pusat pemulihan dadah di daerah Nilai.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul sejak mula mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah tersebut kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Mangsa mengalami kecederaan diseluruh anggota badan akibat dipukul oleh pekerja pusat permulihan tersebut. Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Malik berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan membabitkan mangsa berusia 37 tahun dan dipercayai telah didera dan dibelasah dengan teruk di sebuah pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut sebelum kejadian itu telah dihantar oleh ibu bapanya untuk menerima rawatan di pusat pemulihan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI