fbpx

Tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape lobi ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) susulan dakwaan pemain industri tembakau dan vape telah melobi ahli Parlimen, baru-baru ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kadir berkata, tindakan seperti itu ternyata mencemarkan kemuliaan Parlimen sebagai tempat di mana undang-undang digubal demi untuk kepentingan negara.

Menurutnya, industri tembakau dan vape jelas telah melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC).

“Perkara 5.3 menyatakan dengan jelas iaitu dalam menetapkan dan melaksanakan dasar kesihatan awam mereka berkenaan kawalan tembakau, hendaklah bertindak melindungi dasar ini daripada kepentingan komersial dan kepentingan industri tembakau lain mengikut undang-undang negara.

“Kami ingin tahu kenapa penggubal dasar Malaysia membenarkan industri bagi mempengaruhi hasil Rang Undang-undang Generasi Penamat (GEG) yang dicadangkan itu?

“Malaysia sudah meratifikasi WHO FCTC pada 2005 iaitu hampir dua dekad yang lalu, namun bagaimana ia boleh berlaku di tempat yang mulia di mana undang-undang diluluskan,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni mendedahkan bahawa tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape banyak mempengaruhi pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok.

Menurut Lukanisman, pelobi bertemu secara langsung dengan ahli parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang itu, mempengaruhi pandangan mereka terhadap langkah GEG yang bertujuan untuk mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok.

Menurut Mohideen, perkara ini adalah amat memalukan dan mensubversi proses perundangan dan ia tidak sepatutnya diterima dalam apa juga cara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI