fbpx

Lelaki pura-pura jual susu rupanya menyamun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Kegiatan seorang lelaki yang bertindak menyamun dengan berpura-pura sebagai penjual susu di sekitar negeri ini tumpas selepas ditahan polis dalam ‘Op Sentap’ kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 40-an itu ditahan di sekitar kawasan Puchong, Selangor sekitar pukul 3.40 pagi 17 Mac lalu.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kes samun dan ragut yang berlaku di Negeri Sembilan. Modus operandi yang digunakan suspek adalah menyamar sebagai penjual susu dari rumah ke rumah dengan motosikal.

“Suspek akan mensasarkan mangsa terutama wanita yang memakai barang kemas dengan berpura-pura menjual susu dan akan menyamun mangsa tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan siasatan suspek dipercayai bergiat aktif melakukan samun sejak pertengahan tahun 2023.

“Dengan penahanan suspek, polis Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan sembilan kes yang dilakukan suspek yang mana dua kes di IPK Negeri Sembilan, tiga kes IPK Perak, tiga kes IPK Pulau Pinang dan satu kes di IPK Kedah melibatkan kerugian berjumlah RM150,000.

“Polis turut merampas lima keping kad pengenalan milik orang lain, sekeping lesen memandu orang lain, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, segugus kunci berlogo Yamaha, dua buah telefon bimbit beserta simkad dan sebuah topi keledar,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek yang mempuntai 19 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah direman tujuh hari bermula hari ini hingga 23 Mac depan.

Jelas beliau, pihak polis IPK Negeri Sembilan menyeru orang ramai yang pernah menjadi mangsa kes samun suspek untuk tampil membuat pengecaman.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Shazarwan Akmal di talian 013-4608699,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI