fbpx

[VIDEO] Kereta kena pecah, wanita dipuji nampak tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik wanita berkenaan memaparkan keadaan keretanya teruk dipecah dan 'android player' juga dicuri.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkedu apabila kereta jenis Perodua Myvinya dipecah dan ‘android car player’ (peranti android kereta) dicuri dalam satu kejadian dipercayai berlaku di Amanpuri, Kepong, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik wanita tersebut di akaun @surih4ti malam tadi, kelihatan cermin di bahagian penumpang bahagian kiri teruk dipecah dengan keadaan peranti radio telah dicuri.

Bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan tenang tanpa menunjukkan tanda-tanda panik ketika berdepan dengan situasi itu sehingga meraih ribuan perhatian pengguna media sosial.

Jelas wanita tersebut, ‘tinted’ atau cermin gelap di bahagian depan baru sahaja dibuka setelah pemeriksaan dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Dulu ‘tinted’ memang gelap, kalau suluh pun tak nampak. Tapi lepas ‘tinted’ dah buka, memang jelas boleh nampak dalam kereta ni ada ‘android player’.

“Jadi kalau korang ada ‘android player’ dan boleh nampak dari luar, elakkan letak di tempat gelap. Masa saya buat laporan polis, saya orang kedua kereta kena pecah.

“Maksudnya hari ini (semalam) sahaja ada dua kes pecah kereta, diambil ‘android player’. Tempat saya parkir tu banyak je kereta depan dan belakang tapi kereta saya seorang je yang kena,” katanya dalam video tersebut.

Sehingga kini, videonya mendapat lebih 2.2 juta tontonan, 231,000 tanda suka dan 2,200 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memuji ketenangan wanita tersebut walaupun keretanya baru sahaja lepas dipecah.

“Macam mana akak boleh setenang ini, kereta akak baru lepas kena pecah tau. Apa-apa pun semoga dipermudahkan berkat kesabaran akak,” komen Murphy.

“Aku faham sebab aku pun bila benda dah jadi, tenang macam ni. Sebab tak ada guna nak marah-marah, nangis-nangis atau apa-apa pun,” komen Schaa.

“Sebab itulah abang saya pasangankan ‘tinted’ gelap pada kereta saya, sebab ‘android player’ memang mahal weh,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

@surih4tipuasa kelima

♬ original sound – suri hati

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI