fbpx

Lelaki asing dipercayai mabuk lemas dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang lelaki warga asing yang dipercayai mabuk ditemui lemas di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga asing yang dipercayai mabuk ditemui lemas di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pukul 12.25 tengah malam tadi.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat dijalankan bomba dan berjaya menemukan mayat mangsa dalam jarak lima meter dari lokasi kejadian, pukul 8.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu tiada dokumen pengenalan diri dan suntikan Bacillus Calmette Gurin (BCG). Mangsa dipercayai di bawah pengaruh alkohol kerana beberapa botol arak dijumpai di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI