fbpx

Petronas rekod hasil RM343.6 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM343.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding RM372.3 bilion pada tahun sebelumnya, dipengaruhi terutamanya oleh purata harga realisasi yang lebih rendah.

Penurunan sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan jumlah jualan, terutamanya daripada produk petroleum dan kesan pertukaran asing.

Keuntungan Selepas Cukai berjumlah RM80.7 bilion (2022: RM101.6 bilion) dan Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) berjumlah RM128.6 bilion (2022: RM170.7 bilion).

Sementara itu, Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) berjumlah RM114.2 bilion dan pelaburan modal berjumlah RM52.8 bilion, terutamanya untuk projek huluan serta gas.

Jumlah aset pula bertambah kukuh kepada RM773.3 bilion pada 31 Disember 2023, manakala ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM443.5 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas telah menyampaikan prestasi berdaya tahan pada 2023, di tengah-tengah persekitaran operasi yang tidak menentu.

“Ketika kami bergerak ke hadapan, Kumpulan akan terus menegakkan pengurusan kewangan yang berhemat dan disiplin, sebagaimana kami menggandakan pengurangan pelepasan dalam perniagaan teras dan mengejar penyelesaian tenaga yang lebih bersih.

“Kami kekal komited untuk melaksanakan Strategi Peralihan Tenaga walaupun berusaha untuk memastikan kecemerlangan operasi. Penyampaian di kedua-dua bidang penting untuk terus meningkatkan nilai portfolio perniagaan bersepadu kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI