fbpx

Penculik 287 pelajar minta wang hampir RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dirakam pada 8 Mac lalu menunjukkan pemandangan di luar sekolah di Kuriga yang menjadi lokasi penculikan ratusan pelajar. – AFP

ABUJA, NIGERIA – Kumpulan bersenjata yang menculik sekurang-kurangnya 287 pelajar sekolah di Nigeria pada minggu lalu, meminta wang tebusan sebanyak 1 bilion naira (RM2.9 juta) bagi membebaskan mereka, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Menurut penduduk setempat, kumpulan penjenayah itu mengancam untuk membunuh kesemua tebusan sekiranya wang tersebut tidak dibayar.

“Mereka (penjenayah) menghubungi saya semalam (Selasa) dan meminta wang tebusan sebanyak 1 bilion naira untuk membebaskan 287 pelajar tersebut.

“Kumpulan penjenayah memberi tempoh 20 hari dari tarikh mereka menculik kanak-kanak itu. Jika kerajaan tidak bertindak, mereka akan membunuh semua tebusan,” kata seorang penduduk Kampung Kuriga, Aminu Jibril.

Kampung tersebut terletak dalam negeri Kaduna dan menempatkan sekolah yang menjadi sasaran penculik pada 7 Mac lalu.

Tambah Aminu, geng penjenayah itu juga menjelaskan bahawa penculikan tersebut adalah cara untuk membalas dendam terhadap kerajaan dan pasukan keselamatan Nigeria kerana membunuh ahli kumpulan mereka.

Lebih 300 pelajar diculik pada Khamis lalu oleh kumpulan lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.

Mereka menyerbu Sekolah Rendah dan Menengah LEA di Kampung Kuriga, kata jurucakap polis negeri itu, Mansur Hassan kepada CNN minggu lalu.

Beberapa pelajar telah diselamatkan, namun 287 daripada mereka kekal ditahan oleh penculik.

Kira-kira 100 tebusan berkenaan adalah pelajar sekolah rendah dan selebihnya sekolah menengah.

Dalam perkembangan sama, Presiden Nigeria mengarahkan pasukan keselmatan tidak membayar wang tebusan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI