fbpx

Kevin Morais: Rayuan enam lelaki diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Kevin Morais

PUTRAJAYA – Rayuan enam lelaki terhadap hukuman gantung kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pagi ini.

Keputusan terhadap rayuan akan diputuskan panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.

Keenam-enam perayu itu ialah ialah bekas pakar patologi, Kolonel Dr. R .Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang, S.Ravi Chanran, 53, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M. Vishwanath, 34, dan S. Nimalan, 31.

Sebelum ini, perayu-perayu merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Julai 2020 yang mensabit dan menjatuhi mereka hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Kevin.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh membunuh Kevin ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara pukul 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Kevin dilaporkan hilang pada 4 September 2015, yang mana sebelum itu dilihat meninggalkan kondominiumnya di Menara Duta, dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya kemudian ditemukan dalam tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September 2015.

Dalam hujahan rayuan, Dinishwaran diwakili peguam, M Manoharan manakala peguam-peguam lain iaitu Datuk N Sivananthan hadir bagi pihak Kunaseegaran, Burhanudeen Abdul Wahid (Thinesh Kumar), Afifuddin Ahmad Hafifi (Vishwanath), Amer Hamzah Arshad (Nimalan) dan Kitson Foong (Ravi).

Sementara pihak responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar, Mohd. Fairuz Johari dan Mohd Fuad Abdul Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI