fbpx

Peniaga asing tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan, Aidilfitri – Exco Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI (tiga dari kanan) bersama Datuk Bandar MBJB Datuk Noorazam Osman (dua dari kanan) meninjau para peniaga ketika mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Peniaga warga asing termasuk daripada etnik Rohingya tidak dibenarkan untuk berniaga di Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri, seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, kerajaan negeri tidak pernah dan enggan mengeluarkan lesen perniagaan kecil kepada warga asing.

“Di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di kawasan Greater Johor Bahru (JB), kita sedang menguatkuasakan tindakan kepada peniaga warga asing, termasuk di Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

“Jadi sekiranya ada warga asing berniaga termasuk di celah-celah bazar, laporkan kepada pihak berkuasa dan kita akan ambil tindakan denda dan merampas barangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 9,769 petak melibatkan 182 lokasi Bazar Ramadan, manakala 1,904 petak pula diluluskan di 25 lokasi Bazar Aidilfitri, tahun ini.

“Peniaga terlibat diminta mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan PBT masing-masing termasuklah larangan menjual barangan cetak rompak dan kebersihan tapak perniagaan masing-masing,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI