fbpx

Lelaki rakam UFO keluar asap bentuk cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steve merakam video UFO tersebut dari halaman depan rumahnya. – TikT

BANDAR OKLAHOMA, OKLAHOMA –  Seorang lelaki dan anaknya mengesan objek terbang tidak dikenali (UFO) mengeluarkan cahaya di langit Bandar Oklahama, lapor portal berita MailOnline.

Menurut Steve Aragona, dia berada di laman depan rumahnya pada pukul 7.29 malam (waktu tempatan), Isnin minggu lalu apabila objek itu menerangi langit malam.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, seorang anak Steve didengari berkata, objek itu kelihatan seperti meteorit, namun bergerak terlalu perlahan.

Tiba-tiba, satu bulatan seperti asap keluar daripada  objek tersebut semasa ia bergerak.

“Nampaknya UFO tersebut  terpisah daripada dirinya sendiri,” kata Steve sebelum anaknya berkata bahawa cincin itu kelihatan  seperti gelombang bunyi.

Sebilangan netizen yang melihat video itu meneka bahawa ia mungkin roket Space X yang berlepas kira-kira waktu sama dari Florida.

Bagaimanapun, pelancaran roket dimaksudkan adalah lewat satu jam setengah daripada waktu video itu dirakam.

Video itu juga dirakam menghadap ke barat, manakala Florida berada di sebelah timur Oklahoma. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI