fbpx

Korea Selatan gantung lesen 4,900 doktor muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA perubatan berjalan keluar dari sebuah hospital kanak-kanak di Seoul semalam. -- AFP

SEOUL – Korea Selatan memulakan prosedur menggantung lesen perubatan 4,900 doktor muda yang sebelum ini meletak jawatan kerana membantah tindakan kerajaan meningkatkan kuota pelajar perubatan.

Peletakan jawatan beramai-ramai itu bermula pada 20 Februari lalu kerana memprotes rancangan kerajaan meningkatkan bilangan doktor secara mendadak dengan alasan tindakan sedemikian akan menghakis kualiti doktor di Korea Selatan.

Hampir 12,000 doktor muda atau 93 peratus tenaga kerja doktor pelatih di Korea Selatan tidak hadir bekerja walaupun kerajaan menggunakan pelbagai usaha termasuk ancaman tindakan undang-undang supaya mereka kembali ke hospital.

Kekurangan doktor yang berlaku memaksa Seoul menggerakkan pasukan perubatan tentera dan membelanjakan rizab negara bagi menangani krisis itu.

Kementerian Kesihatan Korea Selatan menghantar notis kepada beribu-ribu doktor pelatih untuk menggantung lesen perubatan mereka kerana mengingkari arahan kembali bekerja.

“Setakat 8 Mac lalu, notis te­lah dihantar kepada lebih 4,900 doktor pelatih,” kata pegawai kementerian kesihatan, Chun Byung-wang kepada pembe­rita.

Kerajaan sebelum ini memberi amaran kepada doktor yang mogok bahawa lesen amalan perubatan mereka akan digantung dalam hukuman yang menurutnya, akan menyebabkan kelewatan untuk menjadi doktor pakar selama sekurang-kurangnya setahun.

Chun juga terus merayu kumpulan doktor yang mogok untuk kembali merawat pesakit.

“Kerajaan mengambil kira keadaan dan melindungi doktor pelatih jika mereka kembali bekerja sebelum langkah pegeluaran notis penggantungan ini selesai,” katanya, menunjukkan doktor pelatih yang kembali bekerja sekarang tidak akan dikenakan tindakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI