fbpx

MDEC sasar latih sejuta usahawan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED IBRAHIM (tiga dari kanan) melawat gerai usahawan Jelajah Saya Digital (JSD) @ Pulau Pinang di Georgetown, semalam.

GEORGE TOWN – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya sejuta usahawan dalam bidang ekonomi digital pada tahun ini.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan sejak 2015 hingga kini, MDEC telah berjaya melatih seramai 563,543 usahawan dengan jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion menerusi program e-usahawan di seluruh negara.

“Kita letakkan sasaran satu juta usahawan ekonomi digital menjelang hujung tahun ini supaya lebih ramai lagi usahawan dapat menjadi pelatih dalam bidang ekonomi digital.

”Kalau kita kira dari segi penyertaan itu memang banyak, kita yakin dengan kerjasama semua pihak jumlah yang disasarkan ini berjaya dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Jelajah Saya Digital (JSD) @ Pulau Pinang, di sini semalam.

Menurut Syed Ibrahim, di Pulau Pinang sahaja, seramai 18,720 usahawan telah mengambil peluang menerusi program e-usahawan itu dan menjana jualan terkumpul melebihi RM73 juta.

“Program ini boleh membawa manfaat kepada anak-anak yang masih bersekolah, guru-guru, mahasiswa terutamanya dalam mendepani cabaran dunia yang bergerak pantas dalam perkembangan teknologi kini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Program JSD menyasarkan penglibatan golongan B40, belia, usahawan, peniaga kecil dan sederhana, warga emas, orang kelainan upaya, serta komuniti yang memerlukan.

“Program ini telah dijalankan secara turun padang di 55 lokasi seluruh negara sejak ia mula dilaksanakan dua tahun lalu.

“Seramai 20,894 rakyat seluruh negara telah mendapat manfaat daripadanya dan ia merupakan satu pencapaian yang baik,” katanya.

Tambahnya, beliau dimaklumkan, seramai 654 warga Pulau Pinang telah mendaftar bagi program JSD.

“Seramai 72 peserta telah dilatih dan telah berjaya meraih pelbagai hasil seperti berjaya menguasai kemahiran digital, mempertingkatkan jualan dan pendapatan yang lebih besar melalui aktiviti pendigitalan pemasaran dalam perniagaan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI