fbpx

Penjawat awam Pahang kerja hari Jumaat hingga 12.30 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Kerajaan Pahang memaklumkan bahawa waktu bekerja penjawat awam di negeri ini pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaya, penetapan waktu bekerja itu selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

“Penetapan ini melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri di negeri ini.

“Pada kesempatan ini saya mewakili kerajaan negeri merafak sembah dan menjunjung setinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat khususnya penjawat awam di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Tambah Wan Rosdy, kalangan penjawat awam di negeri ini beriltizam akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga negeri Pahang demi kemakmuran bersama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI