fbpx

Anna Jobling mahu ‘sebaris’ Luna Maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK mula dikenali melebarkan karier di Indonesia, Anna menetapkan impian untuk beraksi di sisi Luna Maya suatu hari nanti.

PELUANG melebarkan sayap karier ke negara jiran, Indonesia tidak disia-siakan si cantik Anna Jobling.

Bukan populariti yang dicari, sebaliknya Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abd. Rahman sekadar mahu berkongsi bakat dan minat dalam lakonan, selain membuktikan kesungguhannya sebagai anak seni.

Penerimaan dan layanan baik pemain industri di negara seberang juga membuatkan pelakon berusia 24 tahun itu terasa dihargai.

Sebagai ‘orang asing’, Anna yang mencipta nama di Indonesia menerusi naskhah Melur Untuk Firdaus mengakui pada awalnya berasa takut, lebih-lebih lagi selepas memikirkan penerimaan khalayak Seberang terhadap kehadirannya sebagai pelakon dari Malaysia.

Rasa gusar bagaimanapun pudar selepas melihat sikap mereka yang sangat ramah. Anna terasa seperti berada di negara sendiri.

“Sudah lebih setahun saya mengembangkan sayap seni ke Indonesia. Sejujurnya, ketika awal dahulu, saya memang agak takut memandangkan industri mereka di sana sangat besar.

“Namun tidak sangka, saya diterima dan dilayan dengan baik oleh kru produksi dan peminat di sana. Secara tidak langsung, saya rasakan seperti berada di Malaysia,” ujar pelakon yang membintangi siri over the top (OTT) berjudul The One, terbitan MNC TV, Indonesia.

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu menambah, banyak perbezaan dirasakan ketika bekerja dengan produksi di Indonesia.

Anna bahkan gembira apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan baharu, sejak mengembangkan kerjaya seninya di sana.

“Apa yang menariknya bekerja dengan produksi di Indonesia, saya rasa suasananya sangat berbeza. Saya rasa lebih tenang.

“Saya dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan baharu. Saya juga dapat keluar dari zon selesa saya ketika berada di Indonesia,” jelas anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu.

Ketika disoal pelakon Indonesia yang menjadi impiannya untuk bergandingan, Anna berharap suatu hari nanti, dia dapat berlakon ‘sebaris’ dengan aktres jelita, Luna Maya.

“Jika diberi peluang, saya teringin untuk berlakon dengan aktres, Luna Maya.

“Saya pernah beberapa kali bertemu dengannya.

“Bagi saya, Luna merupakan seorang wanita yang bukan sahaja cantik, tetapi juga berbakat dan sangat baik hati.

“Ketika pertama kali bertemu dengannya di Bali, Luna sangat merendah diri walaupun telah ada nama yang besar dalam industri.

“Sejak dari situ saya memang berhasrat untuk bekerjasama dengannya suatu hari nanti,” kata Anna yang akan terlibat dengan sebuah projek filem di Jakarta selepas Aidilfitri nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI