fbpx
Mohd. Zaki menunjukkan kesan tapak kaki disyaki milik harimau kumbang di bawah rumahnya di Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu semalam.

Harimau serang gugusan Losong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seekor harimau kumbang yang membaham kambing ternakan di Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu di sini pada akhir Januari lalu dipercayai muncul semula apabila kelibatnya didakwa berkeliaran di beberapa perkampungan sejak hampir seminggu lalu.

Kemunculan haiwan buas itu menggemparkan ribuan penduduk di Kampung Losong Panglima Perang dan Kampung Losong Feri di sini yang bimbang dengan keselamatan mereka.

Seorang penduduk, Mohd. Zaki Salleh, 68, mendakwa menjumpai banyak kesan tapak kaki haiwan dipercayai milik harimau kumbang di bawah rumahnya di Kampung Losong Panglima Perang pada Sabtu lalu.

“Kami juga me­nemui kesan darah disyaki milik babi hutan yang dibaham harimau kumbang tersebut di lokasi sama.

“Sebelum itu, anak saya ada terdengar bunyi bising dari bawah rumah pada awal pagi tetapi tidak dihiraukan kerana mungkin ia tapak kaki babi hutan,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Zaki bagaimanapun mengakui mereka tidak me­nemui bangkai babi hutan kerana dipercayai telah diseret harimau kumbang ke dalam hutan.

Katanya, pemeriksaan pegawai Jabatan Perlindunhan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) beberapa hari lalu mengesahkan kesan tapak kaki haiwan di bawah rumahnya mirip harimau kumbang atau dahan.

“Mereka juga tidak menolak kemungkinan haiwan sama yang mengganas di Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu hampir dua bulan lalu,” dakwanya.

Seorang lagi penduduk, Nasaruddin Zaidi, 36, turut mendakwa menemui tapak kaki haiwan sama di hadapan restorannya di Kampung Losong Feri di sini.

“Ia amat merisaukan terutama keselamatan pekerja dan pelanggan kerana restoran beroperasi sehingga lewat malam.

“Saya harap pihak bertanggungjawab dapat segera menangkap haiwan buas itu,” katanya.

Kosmo! 16 Februari lalu melaporkan penduduk Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu gempar dengan penemuan bangkai seekor kambing dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau kumbang pada 29 Janua­ri lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN