fbpx

Pos Malaysia sumbang lebih RM80,000, ke Tabung Amanah KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (empat kanan) ketika menerima replika cek sumbangan daripada Ketua Pegawai Insan Kumpulan Pos Malaysia, Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad (lima kanan). FOTO-IHSAN KKM

PUTRAJAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menyumbang sebanyak RM89,137.64 untuk disalurkan kepada Tabung Amanah Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan berkata, ia merupakan hasil kolaborasi Program Perkhidmatan Farmasi KKM bersama Pos Malaysia sejak tahun 2011, melalui penawaran perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) bagi membantu pesakit menerima bekalan ubat susulan di lokasi pilihan tanpa perlu ke fasiliti kesihatan KKM.

Kata kenyataan itu, bermula Julai tahun lepas, sebanyak 28 sen dan 59 sen bagi setiap parcel UMP dihantar oleh pihak Pos Malaysia mengikut kawasan akan disumbangkan ke Tabung Amanah KKM.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif UMP sehingga bulan Disember tahun lepas, Pos Malaysia juga telah menyumbang sebanyak RM793,000 ke dalam Tabung Amanah KKM dan daripada jumlah tersebut, RM706,000.00 telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser melalui pembelian peralatan perubatan.

“Bagi tempoh Julai hingga Disember tahun lepas, sebanyak 348,501 bungkusan telah dihantar melalui perkhidmatan UMP, di mana sebanyak RM89,137.64 akan disalurkan kepada Tabung Amanah KKM,” katanya dalam kenyataan tadi.

Jelas kenyataan itu, KKM merakamkan penghargaan di atas sumbangan pihak Pos Malaysia dan berharap kolaborasi strategik antara sektor awam dan swasta akan berterusan pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI