TIDAK dapat dinafikan, gincu antara alat solek penting wanita kerana calitannya bukan saja mencantikkan wajah, malah menyerikan penampilan yang kusam.
Lambakan jenama gincu dalam pasaran dengan kehadiran pelbagai warna membolehkan wanita memilih jenis yang bersesuaian dengan kulit, pakaian dan personaliti mereka.
Menyedari keperluan tersebut, sebuah syarikat bumiputera, Haus Cosmetics tampil memperkenalkan dan melancarkan ‘glitter lipstick’ terbaharu iaitu Haus Magic Kiss Glitter Lipstick (Magic Kiss).
Menurut pengasasnya, Norazimah Abd. Jalil, Magic Kiss telah dilancarkan pada 9 Februari lalu dan mendapat sambutan ramai dari seluruh negara.
“Magic Kiss didatangkan dengan empat kod warna iaitu diamond pink, sparkling peach, gold digger dan ruby red.
“Edisi istimewa dengan wajah baharu juga telah dilancarkan pada 7 Mac lalu sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang,” katanya kepada Proviu baru-baru ini.
Ditanya mengenai formulasi, Norazimah memberitahu, Magic Kiss menggunakan bahan-bahan organik iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Ujarnya, gabungan bahan tersebut menjadikan bibir sentiasa berkilat dan memberi kelembapan.
“Selain itu, gincu ini ada vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan.
“Magic Kiss juga diformulasikan dengan menggunakan teknologi warna dari Jepun, di mana kita mengeluarkan empat warna berbeza mengikut kesesuaian kulit Asia,” katanya.
Tambahnya, Magic Kiss berbeza dengan produk pesaing lain di pasaran kerana menggunakan bahan organik yang disahkan halal.
“Serbuk glitter yang digunakan juga mempunyai sijil pengesahan selamat dan halal. Jadi, ia dijamin selamat andai tertelan.
“Jangka masa menyiapkan produk Magic Kiss ini adalah selama tiga bulan.
“Hal ini kerana kami ingin menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dijamin halal.
“Selain itu, kami cuba menambah baik formulasi untuk mendapatkan gincu yang boleh melembapkan bibir dalam jangka masa panjang,” ujarnya.
Menurut Norazimah, Magic Kiss boleh digunakan semua golongan umur bermula dari 12 hingga 50 tahun.
“Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che Ta juga membantu kami mempromosi Magic Kiss di TikTok miliknya.
“Bagi yang berminat mendapatkan Magic Kiss, anda boleh kunjungi outlet kami di MyTown, Kuala Lumpur. Anda juga boleh lihat di TikTok Shop Haus Cosmetics Malaysia, Shopee Haus Cosmetics Official Store atau layari laman web, www.hauscosmetics.com.
“Kami juga ada promosi set Magic Raya (Magic Pinky dan Magic Kiss) yang telah bermula semalam, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan memenangi wang tunai RM500 dengan mengimbas kod QR di kotak,” katanya.














