fbpx

Kilang Goodyear di Shah Alam tutup selepas 52 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang Goodyear di Shah Alam tutup selepas 52 tahun.

SHAH ALAM – Syarikat pengeluar tayar terkenal, Goodyear mengambil keputusan menutup kilang pembuatannya di sini berkuat kuasa 30 Jun depan dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini selepas lebih 40 tahun beroperasi.

Presidennya di rantau Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, penutupan fasiliti di negara ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi syarikat untuk mengoptimumkan pengeluaran dan portfolionya.

“Seperti yang dimaklumkan, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang turut dirancang untuk mengembangkan margin dan meningkatkan nilainya dalam kalangan pemegang saham.

“Ia akan melibatkan tindakan tertentu untuk mengurangkan kos setiap tahun sehingga RM1 bilion pada 2025 supaya dapat memastikan syarikat kekal kompetitif sebagai peneraju industri,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan tersebut bakal menjejaskan kira-kira 550 kakitangan selepas kilang yang beroperasi di Seksyen 15 di sini sejak 1972 itu ditutup.

“Namun, kami komited untuk memastikan langkah wajar dan ketelusan dalam proses tersebut sebagai tanda hormat kepada kakitangan,” katanya.

Berdasarkan laman web syarikat multinasional (MNC) itu, penglibatan Goodyear di negara ini bermula pada 1908 apabila syarikat The Goodyear Orient membeli sebuah firma getah yang ditubuhkan di Singapura.

Pembelian firma tersebut bertujuan mendapatkan getah dari Malaysia dan Indonesia. Penjualan produk Goodyear di negara ini bermula pada 1929 menerusi Goodyear Sales Company yang dibuka di Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI