fbpx

41 kedai makan di KL diperiksa, satu kena tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar keadaan premis yang dikongsikan DBKL.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis makanan diarahkan tutup manakala sebanyak 41 yang lain dikenakan kompaun dalam Operasi Sepadu Bersih di beberapa kawasan di ibu negara.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi berkenaan membabitkan sebanyak 63 premis di Parlimen Lembah Pantai, Parlimen Seputeh, Parlimen Cheras dan Parlimen Bukit Bintang.

Katanya, 10 daripada premis terbabit ditutup atau tidak beroperasi dan hanya 53 buah premis diperiksa.

“Berdasarkan hasil daripada pemeriksaan, satu premis telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 41 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

DBKL berkata, pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.

“Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI