fbpx
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei terpaksa meninggalkan Terbuka Perancis lebih awal selepas tewas kepada Yan Zhe-Dong Ping di pusingan kedua hari ini.

Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei kandas pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis tersekat di pusingan kedua selepas tewas 18-21, 14-21 kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China.

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal mengekalkan rentak konsisten ketika mereka muncul naib juara pada kejohanan Thailand Masters yang berlangsung di Bangkok penghujung Januari lalu.

Biarpun pernah menewaskan Yan Zhe-Dong Ping pada Terbuka Thailand tahun lalu, namun aksi hari ini menyaksikan pilihan keempat itu berada dalam kelas tersendiri untuk mencatat kemenangan kedua ke atas Tang Jie-Ee Wei.

Setakat lima kejohanan yang disertai Tang Jie-Ee Wei musim ini, mereka terkandas di pusingan kedua sebanyak empat kali, iatu pada Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters dan Terbuka Perancis.

Sementara itu, menanti Yan Zhe-Dong Ping di suku akhir esok adalah pemenang di antara beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun yang akan turun menentang pasangan Singapura, Terry Hee-Jessica Tan sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI