fbpx
Kapal Ocean Thunder dilaporkan telah tiba di Malaysia.

‘Ocean Thunder’ bawa 159 juta liter minyak mentah tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal Ocean Thunder yang membawa sebanyak satu juta tong atau 159 juta liter minyak mentah dari Basrah, Iraq telah tiba di Malaysia, hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial Petronas, ia sebahagian daripada rangkaian bekalan yang luas, salah satu usaha dalam memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 64 juta liter adalah untuk kegunaan diesel, 48 juta (petrol), 24 juta (bahan api pesawat), 6 juta (LPG), dan 25 juta untuk lain-lain.

Difahamkan, tempoh anggaran bagi penapisan untuk minyak mentah adalah selama enam hari.

Kenyataan itu menambah, Ocean Thunder hanya membawa sebahagian daripada 38 peratus import minyak mentah negara yang melalui Selat Hormuz.

Bekalan bahan api Malaysia turut diperoleh daripada pelbagai sumber lain dalam rangkaian Petronas yang luas.

Secara purata, Malaysia menggunakan sebanyak 112 juta liter bahan api setiap hari.

Terdahulu, media melaporkan Selat Hormuz kini ‘dibuka sepenuhnya’ sepanjang tempoh gencatan senjata berlangsung.

Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Aragchi dilaporkan berkata, semua kapal komersial’ dibenarkan melalui selat tersebut bagi baki tempoh gencatan senjata yang berlangsung selama 10 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN