fbpx

Jaga nama baik keluarga, Meerqeen tolak babak ‘soft porn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAS dengan pendirian, Meerqeen memilih enggan melakonkan babak soft porn demi maruah keluarganya.

PETALING JAYA – Ketika segelintir pelakon baharu ‘berlumba-lumba’ melakonkan babak soft porn, aktor Meerqeen pula memilih untuk menolak melakonkan adegan sebegitu dalam mana-mana drama mahupun filem.

Tegas pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, itu, dia menolak kerana mahu menjaga nama baik keluarga agar tidak tercalar akibat babak yang tak sepatutnya dilakukan oleh pelakon beragama Islam.

“Saya ada keluarga yang menonton semua naskhah lakonan saya.

“Jadi, keputusan paling terbaik untuk saya ialah menolak daripada melakukan babak sebegitu bagi menjaga nama baik keluarga,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambahnya yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus, setiap perkara yang dilakukan oleh seorang pelakon adalah bergantung kepada prinsip hidup masing-masing.

Namun baginya, tindakan seseorang pelakon juga perlulah selari dengan imej sebagai seorang beragama Islam.

“Semuanya berbalik kepada prinsip seseorang. Pelakon mempunyai hak menolak sekiranya enggan atau tak selesa untuk melakonkan babak berunsur soft porn.

“Perkara itu juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak tersrbut untuk jalan cerita.

“Tiada istilah hanya menerima arahan sahaja. Kita perlu bincang secara terperinci mengenai keperluannya namun kebanyakan babak berunsur soft porn yang ada hari ini adalah teknik atau sudut kamera,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, isu babak berunsur soft porn menjadi bahan bualan hangat apabila diselitkan dalam filem dan drama tempatan.

Paling terbaharu ialah filem La Luna yang dikritik kerana mempunyai babak sensitif termasuk soft-porn dan mengetengahkan ideologi liberal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI