fbpx

‘Itu semua tuduhan palsu, usah dilayan’ – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azmin ketika sidang akhbar di lobi DUN Selangor.

SHAH ALAM – Laporan sebuah portal menyatakan bahawa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor adalah tuduhan yang palsu.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini memang kerja-kerja daripada pihak lawan dalam menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) di Selangor.

“Itu adalah laporan yang palsu dan tidak usah dilayan.

“Rakyat penat dan mereka mahu kita memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan itu kami lakukan termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ini bukan sesi pertama, ini sesi DUN kedua.

“Dapat lihat sendiri bagaimana kami guna segala ruang dalam bawa suara rakyat dan kami tidak pernah gagal dalam menyertai semua prosiding dalam DUN Selangor. Ini komitmen dan kesungguhan kami,” katanya pada sidang akhbar di lobi DUN Selangor hari ini.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri lima ADUN Bersatu yang didakwa menyokong Amirudin seperti dilaporkan portal tersebut.

Ini termasuk ADUN Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; ADUN Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad, ADUN Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh selain Harrison dan ADUN Morib, Rosnizan Ahmad.

Mohamad Azmin juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor menjelaskan Bersatu diserang disebabkan merupakan saingan paling kuat kepada Kerajaan Madani.

“Kalau tidak, dia (Kerajaan Madani) tidak akan sentuh orang lemah atau sentuh kumpulan tidak kuat. Ini logik dalam politik.

“Sebab itu, saya bersyukur PN Selangor kukuh dan kita akan teruskan berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Ketika ditanya tindakan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dikatakan membuat pusingan U berhubung kenyataan awalnya, Mohamed Azmin menggesa agar Abdul Rashid tampil memberikan penjelasan dengan kadar segera.

“Ini disebabkan telah menimbulkan kemarahan dan keresahan di kalangan pengundi Selat Klang khususnya.

“Saya sendiri tidak menerima (sebarang surat termasuk kenyataan sokongan Abdul Rashid kepada kepimpinan Amirudin), saya terima (tahu) daripada media,” tegasnya.

Difahamkan, Abdul Rashid dijangka membuat sidang akhbar berkaitannya pada Isnin depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI