fbpx

Starbucks Malaysia bukan milik orang Amerika – Vincent Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vincent Tan.

PETALING JAYA – Pengasas Berjaya Corporation Berhad (Berjaya), Tan Sri Vincent Tan memaklumkan bahawa hampir 85 peratus pekerja Starbucks Malaysia terdiri daripada orang Islam.

Malah kata beliau, tiada warga asing bekerja di ibu pejabat syarikat tersebut di negara ini.

Justeru katanya, beliau merayu kepada rakyat Malaysia supaya menghentikan kempen boikot ke atas Starbucks Malaysia kerana ia hanya merugikan rakyat sendiri.

“Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80-85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences di Okinawa, Jepun semalam.

Tan berkata, bagaimanapun ketika ini, kempen boikot dilihat semakin reda dengan jualan Starbucks Malaysia perlahan-lahan semakin baik.

Tambah beliau, dijangkakan pada suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia.

“Ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,”ujarnya.

Terdahulu, bagi suku kedua tahun kewangan 2024, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI