fbpx

Maula Amin: Jangan terlalu ‘teruja’, rujuk mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli pada sidang akhbar Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan sebarang maklumat atau dakwah di media sosial berkaitan seorang lelaki digelar Maula al-Amin yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, perkara itu perlu ditapis dengan ilmu selain merujuk kepada pihak berkuasa.

“Kita lihat, perkembangan untuk mendapatkan kefahaman dan pengetahuan agama semakin tinggi di Malaysia dan itu adalah sesuatu yang baik.

“Namun begitu, keterujaan ini perlu diimbangi dengan ilmu. Saya nasihatkan, berhati-hati dengan maklumat di media sosial dan rujuk pihak berkuasa (mufti),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Konvensyen Madani Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini hari ini.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor mengingatkan keturunan yang mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang jika dia tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaikan Rasulullah SAW.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, konvensyen yang dianjurkan secara tahunan tersebut menghimpunkan lebih 200 mahasiswa mahasiswi sebagai persiapan menjadi seorang da’i.

Katanya, ia dilaksanakan secara berperingkat melibatkan institut pengajian tinggi awam dan swasta diikuti politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Kita gabungkan keseluruhan anak muda ini untuk menjadi pendakwah yang akan menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

“Maka, Yadim memainkan peranan Yang sangat penting dengan memberikan pencerahan dalam isu-isu yang berkaitan agama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI