fbpx
Guan Eng dan Wan Muhammad Azri atau Papagomo.

Papagomo diperintah bayar ganti rugi RM280,000 kepada Guan Eng, anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pempengaruh Papagomo diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar ganti rugi RM280,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya kerana memfitnah mereka dalam laman Facebook enam tahun lalu.

Kenyataan fitnah itu berhubung isu penahanan anak lelaki Guan Eng, Clint Lim Way Chau di Singapura atas dakwaan membawa masuk wang tunai RM2 juta pada 2020 tanpa perisytiharan.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas membenarkan saman yang dikemukakan Guan Eng dan anaknya Clint Lim selaku plaintif terhadap Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris selaku defendan.

Daripada jumlah RM280,000 mahkamah memerintahkan RM200,000 dibayar kepada Guan Eng manakala RM80,000 kepada Clint Lim.

Selain jumlah ganti rugi mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Guan Eng dan RM10,000 kepada anak lelakinya.

Sepanjang prosiding, kedua-dua plaintif diwakili peguam K. Simon Murali manakala Papagomo diwakili peguam Logan Iskandar Abdullah

Dua beranak itu memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Oktober 2020 kerana mendakwa Clint Lim membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.

Saman itu yang kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini, merujuk satu hantaran Facebook didakwa dibuat Papagomo pada 14 Mac 2020.

Plaintif mendakwa, lelaki itu yang menggunakan nama ‘Papa Azri’ menyebarkan penipuan mendakwa beliau pergi ke Singapura pada 29 Februari 2020 selepas mendapati anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana membawa wang RM2 juta tanpa membuat pengisytiharan.

Hantaran itu susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada Mac 2020, yang kemudian menarik balik laporan itu dan membuat permohonan maaf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN