fbpx
Gambar hiasan

‘Cuba bagi 3 sebab yang buat wanita turn off dengan lelaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Daripada lelaki kepada wanita. Apa yang membuatkan kau orang ‘turn off’ (hilang minat) dengan lelaki?”

Itu soalan yang diajukan seorang lelaki kepada kaum wanita mengenai perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka hilang minat untuk meneruskan hubungan.

Menggunakan profil @Zafrannnnn505 di media sosial, lelaki itu meminta tiga sebab yang menjadi punca keadaan itu berlaku.

“Ataupun punca pandang red flag (tanda buruk) pada dia (lelaki)? Bagi tiga sebab. Aku nak elakkan bertindak seperti itu, terima kasih,” katanya.

Hantarannya itu meraih pelbagai reaksi daripada kaum wanita yang memberikan pendapat masing-masing.

“Lelaki yang tak suka bila pasangan perempuan dia buat perkara yang sama,” ujar seorang pengguna.

“Jenis yang suka sentuhan fizikal. Bercakap tentang bekas pangan mereka,” komen @Bwllyvr.

“Red flag bila tiap bulan tak malu nak pinjam duit dekat perempuan,” kongsi @Nur_1610. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN