fbpx

Wakaf bas surau bergerak perlu diperluaskan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika gimik merasmikan surau bergerak bas dua tingkat Jawi sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Jawi di pekarangan Masjid Putra, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan berharap lebih banyak syarikat pengangkutan selain syarikat swasta dan korporat mewakafkan bas untuk dijadikan sebagai surau bergerak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemudahan seperti itu boleh dimanfaatkan di mana-mana sahaja terutama di kawasan yang tiada kemudahan surau dan masjid.

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha wakaf surau bergerak ini dan berharap ia akan berterusan.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) atas usaha wakaf bas ini termasuk syarikat pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan surau bergerak Jawi 2.0 sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan JAWI di perkarangan Masjid Putra, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, insiatif surau bergerak telah digerakkan dan diperkenalkan pada 2018 menerusi kerjasama Jawi dan Bank Rakyat.

Menurutnya, kemudahan yang selesa kepada umat Islam menunaikan kewajipan solat terutama ketika menghadiri program-program berskala besar yang dianjurkan di kawasan terbuka dengan kehadiran ramai pengunjung.

“Surau bergerak itu bukan sahaja boleh digunakan untuk menunaikan solat, tetapi berfungsi sebagai sudut aktiviti keagamaan dan dakwah bergerak,” katanya.

Katanya, bas dua tingkat bernilai RM350,000 disumbangkan oleh syarikat Konsortium E-Mutiara manakala kos pengubahsuaian disumbangkan oleh CIMB Islamic dan individu melalui zakat wakalah berjumlah RM200,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI