fbpx

Untung bersih EPMB tertinggi sejak tahun 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan melaksanakan transformasi telah memberi manfaat kepada kedudukan kewangan EPMB. -Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Untung bersih EP Manufacturing Berhad (EPMB)  melonjak lebih daripada 50 kali ganda pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023), iaitu yang tertinggi sejak 2014. 

Pendapatan turut diicatat melepasi RM600 juta untuk pertama kalinya dipacu  oleh permintaan kukuh untuk produk Kumpulan.

Keuntungan bersih EPMB untuk TK2023 adalah  RM20.22 juta berbanding RM0.40 juta pada fiskal 2022 manakala hasil Kumpulan ialah RM648.00 juta, 25.5 peratus  lebih tinggi tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Razlan Mohamed berkata, keputusan yang lebih baik kali ini  mencerminkan hasil positif daripada langkah transformasi yang telah mulakan pada awal 2023, iaitu memfokuskan pada operasi dan pengoptimuman kos.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus mengukuhkan perniagaan teras kami dan pada masa yang sama, mengejar peluang pasaran baharu dengan potensi pertumbuhan yang besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ahmad Razlan menjangkakan 2024 akan menjadi tahun yang menarik bagi Kumpulan kerana pihaknya bakal memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan baharu kami di Melaka. 

“Kami akan mengeluarkan dan memasang model kenderaan untuk BAIC International Development Co., Ltd dan Great Wall Motor Sales Malaysia (GWM).

“Bekerjasama dengan pembuat kereta terkemuka akan membantu kami membina kesedaran, penjenamaan, kredibiliti dan keyakinan di seluruh industri. 

“Saya percaya ini akan membuka peluang pertumbuhan yang lebih besar untuk EPMB, walaupun kami terus meningkatkan rantaian nilai sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030,” jelasnya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 (4QFY2023), EPMB melaporkan hasil sebanyak RM199.64 juta, tertinggi dalam sejarah dan peningkatan 26.0 peratus daripada RM158.38 juta pada suku sebelumnya.

 Pertumbuhan hasil terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan alat ganti automotif.

Selain itu, selaras dengan peningkatan hasil, keuntungan bersih ialah RM2.94 juta, 617.1 peratus lebih tinggi daripada RM0.41 juta pada 3QFY2023. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI