fbpx

Ibu mengaku beri susu campur syabu kepada anak 16 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. Foto oleh Iqbal Rosli/Kosmo!

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang terlibat dalam kejadian tersilap membancuh susu anak berusia 16 bulan menggunakan cecair syabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh wanita yang berusia 34 tahun mengaku bersalah, namun suaminya yang berusia 40 tahun pula mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

“Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah),” kata wanita itu.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 13 Mac ini bagi fakta kes dan jatuh hukuman.

Pasangan itu melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi minum air susu bercampur air yang mengandungi dadah methamphetamine (syabu) sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Medan di sini pukul 6 petang pada 19 Februari lalu.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin mencadangkan ikat jamin RM15,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis setiap bulan atau perkara lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Tertuduh wanita yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja, malah anak-anaknya masih memerlukannya di rumah.

Sementara itu, tertuduh lelaki yang merupakan peniaga air balang pula merayu perlu menangung anak-anak yang masih bersekolah, termasuk menjaga ibu bapanya.

Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Hakim Syahliza membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

“Mereka juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi-saksi, sehingga kes ini selesai,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mac ini untuk fakta dan hukuman bagi tertuduh wanita dan tarikh sama sebutan semula kes bagi suami wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI