fbpx

Sindiket campur pewarna hitam dalam diesel sebelum seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lori tangki yang membawa muatan diesel ditahan di Kompleks ICQS Kota Putra di Durian Burung, dekat Kuala Nerang pada 17 Februari lalu.

ALOR SETAR – Taktik licik sindiket penyeludupan mengikrarkan diesel sebagai bekalan bahan api campuran serta menambah pewarna hitam bagi menampakkan warnanya lebih gelap gagal apabila dibongkar kastam, baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Nor Izah Abdul Latiff berkata, sindiket cuba menyeludup 80,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM172,000 menggunakan dua lori tangki bernombor pendaftaran tempatan.

“Dua lori tangki itu ditahan sepasukan pegawai kastam Cawangan Penguatkuasaan Durian Burung di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung di Kuala Nerang kira-kira pukul 9.30 pagi, 17 Februari lalu.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian, pasukan menemui muatan yang disyaki diesel sebelum kedua-dua lori tersebut dibawa ke Cawangan Penguatkuasaan Durian Burung untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan rapi ke atas lori pertama mendapati terdapat muatan diesel dianggarkan sebanyak 45,000 liter, manakala lori kedua bermuatan 35,000 liter minyak sama.

“Nilai keseluruhan diesel dianggarkan RM172,000 dan nilai kenderaan kes kira-kira RM450,000,” ujarnya.

Menurutnya, kedua-dua pemandu warga tempatan berusia 37 dan 48 tahun ditahan untuk siasatan dan mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan kastam.

Beliau berkata, sindiket didapati cuba mengaburi pihak kastam dengan membuat pengikraran tidak betul dalam Borang Eksport (Kastam 2) sebagai ‘blend stock fuel oil’ atau bahan api campuran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI