fbpx

Misteri kehilangan pesara tentera lebih 20 jam terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA BBP Kluang melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat Samsuri Noh yang ditemui meninggal dunia selepas kereta Proton Iswara dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 65 Jalan Yong Peng - Kluang semalam.

KLUANG – Kehilangan hampir 20 jam seorang pesara tentera terjawab selepas ditemui maut di Kilometer 65 Jalan Yong Peng – Kluang akibat kecederaan parah pada bahagian badan dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, menurut maklumat waris mangsa, Samsuri Noh, 52, keluar dari rumahnya di Felda Bukit Tongkat kira-kira pukul 10 malam 24 Februari dengan memandu kereta Proton Iswara.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 malam mangsa keluar dari rumahnya menuju ke Batu 4 Kluang sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sebelah kanan jalan.

“Kira-kira pukul 6.45 petang semalam, pihak polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan kemalangan berkenaan sebelum satu pasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Sebaik tiba, anggota mendapati benar kejadian melibatkan sebuah kereta Proton Iswara terjatuh ke dalam gaung yang dianggarkan berkedalaman 7 meter menyebabkan kejadian hanya disedari orang awam lewat petang semalam,” katanya.

Menurut Bahrin lagi, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang datang membantu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI