fbpx

Nilai ringgit jatuh beri kesan minimum pembelian ubatan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly melihat kelengkapan yang ada pada Klinik Pergigian Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Kejatuhan nilai ringgit ketika ini hanya memberikan kesan minimum kepada kerajaan untuk membeli ubatan dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, hal ini disebabkan kerajaan telah membuat pembelian awal beberapa jenis ubat sebelum berlakunya situasi ini.

“Pembelian ubat ini kita gunakan kaedah ‘hedging’ yang merupakan satu kaedah kewangan iaitu mengelak daripada terkena (kesan) daripada mata wang yang sentiasa berubah. Jadi, kita beli awal dan tetapkan (lock) harga sesebuah ubat (sebelum ubat itu tiba di negara ini).

“Mungkin sehari dua ini mata wang kita menjunam tetapi kita masih selamat kerana kita sudah beli ubat dengan harga yang ditetapkan terlebih dahulu,” katanya selepas majlis penyerahan Klinik Pergigian Tanjong Karang di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan hanya membeli jenis ubat dari luar negara telah tamat tempoh patennya atau tiada syarikat farmaseutikal tempatan yang dapat menghasilkan generic sesebuah ubat itu dengan baik.

Dzulkefly bagaimanapun menegaskan, kerajaan sentiasa mengutamakan pembelian ubatan daripada syarikat farmaseutikal tempatan.

“Jadi kesan kejatuhan RM terhadap perolehan pembelian ubat adalah minimum. Terdapat kesan baik daripada kejatuhan nilai ringgit iaitu lebih ramai pesakit luar negara yang akan datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan pelbagai penyakit di pusat perubatan tempatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI