fbpx
SEORANG gadis remaja lemas selepas terjatuh ketika sedang bergambar di tepi tebing Apparalang. - dok. Istimewa

Gadis 17 tahun maut jatuh tebing ketika bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Nasib malang menimpa seorang gadis berumur 17 tahun apabila dia  terjatuh ketika bergambar di sebuah  tebing, lapor portal berita detiksulsel.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat lemas. Kejadian berlaku di kawasan pelancongan  Apparalang di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan.

Pegawai tempatan,  Andi Hasbullah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Elmi Febrianti, terjatuh kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Ketika kejadian, Elmi bersama rakannya pergi ke sudut tumpuan untuk bergambar di Tebing Apparalang. 

Bagaimanapun, ombak besar tiba-tiba membadai, menyebabkan dia terjatuh ke dalam laut.

“Punca kejadian adalah kerana terkena hempasan ombak di pinggir tebing, yang menyebabkan mangsa terjatuh,” kata Hasbullah.

Detik cemas itu turut dirakam kamera, manakala videonya tular di media sosial.

Pasukan mencari dan menyelamat  menemui  Elmi pada hari yang sama. 

Mangsa ditemukan  sudah meninggal dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN