fbpx

Kerajaan sedia bantu keluarga anggota bomba maut jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamaliah ketika ditemui di Jeti Pangkalan Marin JBPM di Mak Mandin, semalam. (Gambar kecil: Mohd. Izwan)

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan kesediaan membantu keluarga anggota bomba, Allahyarham Mohd. Izwan Illias,42, yang ditemui maut selepas terjatuh ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan berkoordinasi bersama pihak JBPM bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh dipertimbangkan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Saya akan minta setiausaha kerajaan negeri untuk koordinasi dengan pihak bomba bagi menyampaikan bantuan awal kepada balu Allahyarham (Mohd. Izwan).

“Sekiranya ada bantuan lain diperlukan kita boleh uruskan bersama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya bersedia mempertimbangkan pemberian sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara sewaan jika ada permintaan daripada pihak JBPM mahupun keluarga Mohd. Izwan.

Dalam kejadian 10.10 malam kelmarin, Mohd. Izwan yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth ditemui maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai ketika melakukan kerja penyelenggaraan enjin bot pasukan penyelamat di jeti berkenaan.

Mayat Mohd. Izwan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5.32 petang semalam selepas 19 jam operasi dijalankan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Jamaliah Abd Majid,42, dan lima anak berusia empat hingga 16 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI