fbpx

Tiga beradik tidak mengaku salah terima deposit pelaburan RM5.6 juta tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 19 pertuduhan menerima deposit pelaburan tanpa lesen sah berjumlah RM5.6 juta antara November 2016 hingga Disember 2020.

IPOH – Tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 19 pertuduhan menerima deposit pelaburan tanpa lesen sah berjumlah RM5.6 juta antara November 2016 hingga Disember 2020.

Tertuduh, M. Vijendran, 41, Danial Marnokaran Abdullah, 36, dan M. Thaewendran, 32, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara bersama dan berasingan itu, mereka didakwa menerima wang deposit antara RM6,000 hingga RM1 juta tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Kesalahan itu didakwa dilakukan sejak November 2016 hingga Disember 2020.

Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dibaca bersama Seksyen 249(1)(a) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, C. V. Krishnadevan.

Terdahulu, Muhammad Haiqal mancadangkan jaminan RM100,000 kepada setiap tertuduh, namun Krishnadevan memohon agar ketiga-tiga anak guamnya itu diberikan jaminan rendah atas alasan tiada pendapatan tetap selain telah muflis dan perniagaan terjejas teruk.

Menurut Krishnadevan, tiga beradik yang menjalankan kegiatan pelaburan mata wang kripto itu juga telah memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan dijalankan bermula 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI