fbpx

Kertas siasatan rusuhan di Penjara Taiping dirujuk ke TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Kertas siasatan berkaitan kes rusuhan membabitkan lapan banduan di Penjara Taiping yang menyebabkan tiga warden cedera Khamis lalu, telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan kes berkenaan dan merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada TPR semalam (Isnin) untuk cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Seramai 13 saksi dirakam percakapan termasuklah kumpulan banduan yang terlibat dan tiga warden penjara,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media semalam, tiga warden Penjara Taiping cedera selepas terlibat pergelutan dengan sekumpulan banduan dalam kejadian pada pukul 3.30 petang, Khamis lalu.

Difahamkan, insiden rusuhan itu berlaku apabila seorang daripada banduan membuat provokasi terhadap warden sehingga menyebabkan berlaku pertikaman lidah sebelum berlaku pergelutan antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI