fbpx

KDN teliti fakta tiga pemimpin NGO disenarai TSC, FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) beramah mesra bersama pengunjung selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendapatkan gambaran sebenar daripada pihak berkuasa susulan tiga pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang disenaraikan Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang menyemak fakta tepat mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagi mendapatkan gambaran sama berhubung perkara itu.

“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lalu dan sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk memberikan saya gambaran yang lebih tepat mengenai perkara itu.”

“Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat,” katanya katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pemakluman secara rasmi daripada Kementerian Luar yang telah mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Perkara itu disahkan Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang menerima surat berkenaan daripada Kementerian Luar bahagian Asia.

Menurutnya, surat berkenaan adalah pemakluman secara rasmi daripada Kementerian Luar namun tidak menyangka dokumen berkenaan dibocorkan dan ditularkan di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI