fbpx

Beras Putih Malaysia Madani sekat campur tangan kartel – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambai tangan kepada kakitangan warga pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani akan membantu negara dalam menyekat campur tangan kartel terhadap industri beras sekali gus memastikan jaminan kepada bekalan makanan ruji rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan yang mengatakan cadangan tersebut dikatakan akan menyokong tindakan kartel beras di negara ini.

“Tidak, (cadangan tersebut membolehkan) kita potong campur tangan kartel.

“Justeru, kita akan bincang (mengenai perkara tersebut) dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) seterusnya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Maybank dan Pelancaran Program Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), ‘myimpact SME Hub’ di Menara Maybank di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa, cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani akan menguntungkan kartel, tetapi merugikan rakyat.

Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan dengan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) dikatakan boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac ini.

Serentak itu, katanya, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kg manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg).

Bagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Mohamad Sabu menjelaskan kerajaan belum membuat sebarang ketetapan susulan cadangan untuk mewujudkan satu gred Beras Putih Malaysia Madani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI