fbpx

Wanita palsukan 17 kehamilan demi kaut manfaat bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ioele memalsukan kehamilannya untuk mendapat faedah bersalin. - Pexels

ROM – Seorang wanita di Itali memalsukan 17 kehamilan sejak 24 tahun lalu bagi membolehkannya menerima manfaat bersalin sebanyak €110,000 (RM566,612), lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Barbara Ioele, 50, diberi cuti bersalin selama bertahun-tahun dan menerima manfaat yang dibayar oleh kerajaan selepas memalsukan kehamilannya.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang difailkan oleh Ioele, dia dilaporkan hamil sebanyak 17 kali dengan 12 kali keguguran.

Wanita itu mendakwa dia melahirkan lima bayi bernama Benedetta, Angelica, Abramo, Letizia dan Ismaele, namun tiada rekod kanak-kanak itu didaftarkan dan ‘anak-anaknya’ tidak pernah dilihat orang lain.

Ioele juga mendakwa dia melahirkan anak bongsunya pada Disember 2023 tetapi kehamilan itu kini diawasi pihak berkuasa dan mereka mempunyai bukti bahawa dia tidak pernah hamil.

Pendakwa raya berkata, Ioele mencuri sijil lahir di klinik, memalsukan dokumen dan tandatangan doktor, meletakkan bantal pada perutnya dan berjalan menyerupai wanita hamil.

Untuk mengelak daripada disoal siasat, Ioele mengeluarkan dua sijil perubatan sah yang membuktikan keadaan kesihatannya yang lemah. 

Bagaimanapun, dia masih berdepan hukuman penjara kerana melakukan penipuan kewangan dan penipuan identiti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI