fbpx

[VIDEO] Ini semua berkat doa ibu bapa, saya tiada rahsia – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan di TikTok.

PETALING JAYA – “Ramai datang kuliah saya sebab berkat doa ibu bapa mereka.”

Itu jawapan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) ketika ditanya seorang jemaah dalam satu sesi kuliah di sebuah masjid di Baling, Kedah baru-baru ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu, lelaki tersebut memaklumkan, sejak lapan tahun lalu, kedatangan jemaah ke masjid berkenaan tidak ramai seperti itu.

Jelas lelaki itu, dia terkejut apabila jemaah begitu ramai menyambut kedatangan figura tersebut ke masjid berkenaan.

“Saya di sini sudah lebih lapan tahun, tetapi tidak seramai hari ini. Ini kali pertama saya lihat ramai jemaah lelaki dan wanita seperti solat Jumaat dan hari raya.

“Apa rahsia ustaz sehingga ramai yang hadir ke majlis ini?,”soal lelaki itu lagi.

Difahamkan, lelaki tersebut adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikenali sebagai Sheikh Hamid.

Ustaz Azhar kemudian memberitahu, tiada apa-apa rahsia dan semua yang berlaku di masjid berkenaan adalah kerana berkat doa ibu bapa para jemaah semua.

“Ibu bapa yang sentiasa nak jadi anaknya baik, inilah hasilnya. Selalu datang masjid dan mendengar kuliah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

@anakkampung2000 Meremang bulu roma dengaq jawapan Tok Feqah ni..🤯 Ayat last tu Padu..🤣 #ustazazharidrus #esekeli #foryourpage #CapCut ♬ original sound – Zack Othman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI