fbpx

Kerajaan Kedah cadang keluarkan beras, harga lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (kiri) berbasikal mengelilingi Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani hari ini bersempena program PKNK dan MB Charity Ride.

SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri berhasrat untuk mengeluarkan beras Kedah yang akan dijual lebih murah berbanding harga pasaran untuk rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya akan cuba mencari jalan untuk merealisasikan hasrat itu supaya rakyat dapat menikmati beras Kedah pada harga murah.

“Kita cuba cari jalan untuk wujudkan beras Kedah untuk rakyat negeri ini seperti kerajaan Terengganu wujudkan beras Ganu untuk rakyat mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyertai program berbasikal Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar (MB) Charity Ride di Merdeka Beach Resort, di sini hari ini.

Kata beliau, rakyat di negeri ini seharusnya berpeluang untuk membeli beras pada harga lebih murah berbanding pasaran berikutan Kedah menyumbang lebih 40 peratus kepada pengeluaran beras negara.

“Sepatutnya perkara ini dapat dilaksanakan di Kedah sebab kita pengeluar beras tetapi rakyat termasuk golongan petani yang mengusahakan sawah padi pun terpaksa beli beras pada harga mahal.

“Kalau nak laksanakan sekarang mungkin kementerian berkaitan tak benarkan tetapi kita akan cuba cari jalan untuk laksanakan perkara ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI