fbpx

Tiada perlakuan jenayah akan terlepas – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan dakwaan aktiviti gengsterisme seakan ‘Wild West’ di Julau, Sabah telah diambil tindakan.

Kata Saifuddin, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau, Daruk Larry Sng, berhubung situasi tersebut yang dimuat naik di Facebooknya.

“Saya sendiri telah berkongsi kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) malah Ketua Polis Daerah ada mengeluarkan kenyataan terdapat tangkapan berhubung perkara itu. Biar proses (siasatan) itu selesai dibuat oleh pihak sana (polis).

“Bagaimanapun, dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di kuarters Pasukan Gerakan Am di Cheras di sini hari ini.

Hari ini, media melaporkan polis menahan empat lelaki yang disyaki melakukan pemerasan dan ugutan terhadap Larry Sng selepas tidak berpuas hati dengan jumlah angpau yang diberikan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, penahanan ke atas semua suspek dibuat pukul 6 petang pada 12 Februari lalu, sehari selepas Sng tampil membuat laporan mengenai kejadian.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI