fbpx

Bekas pengurus MARDI beri projek kepada isteri dipenjara 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saiful Nizam (tengah) dipenjara dua tahun dan denda RM85,000 atas kesalahan menyalahguna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyalahguna kuasa memberi tender projek kepada isterinya pada sembilan tahun lalu, seorang bekas pengurus inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Dazuki Ali turut mengenakan denda RM85,000 terhadap tertuduh, Mohd. Saiful Nizam Hussin, 43, atau berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

Beliau memutuskan demikian setelah pihak pembelaan diketuai Mohd. Asaari Salleh gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saiful Nizam didakwa mencadangkan sebut harga bagi mendapatkan kerja tambah baik sistem pemotongan produk kilang jejari berjumlah RM17,000 kepada syarikat milik isterinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada bulan Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Kosmo! 23 Jun 2021 melaporkan Mohd. Saiful Nizam dituduh menyalahguna kuasa mencadangkan tender projek kepada syarikat sekutunya pada enam tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI