fbpx

Pesawat Terhempas: Mungkin saya bertuah ‘terima’ serpihan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roszzaini menunjukkan serpihan pesawat yang berada di laman rumahnya di Jalan Setia Jaya, Kampung Tok Muda hari ini.

KLANG – ” Ini amanah jaga bahan bukti”

Itu ungkapan daripada seorang penduduk Roszzaini Isrol, 60, apabila salah satu serpihan sayap pesawat ringan model BK 160 Gabriel berada di laman rumahnya di Jalan Setia Jaya, Kampung Tok Muda hari ini.

Kata lelaki warga emas itu, serpihan pesawat tersebut melayang kira-kira 15 minit di udara sebelum ‘mendarat’ di kawasan rumahnya.

“Memang dengar ada ledakan letupan di udara sebelum jiran hadapan rumah menjerit kapal terbang meletup.

“Tidak sangka jatuh di laman rumah pula. Anggota polis pun semalam tiba kira-kira pukul 4 petang memasang pita ‘garisan polis’,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya hari ini.

Jelas Roszzaini, serpihan sayap lain turut terhempas di pekarangan rumah saudara – mara yang terletak kira-kira 50 meter dari kediamannya.

“Ini pertama kali kejadian pesawat terhempas di kampung ini dan mungkin saya antara ‘bertuah’ mendapat serpihan ini,” ujarnya.

Terdahulu, pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 tengah hari semalam bagi penerbangan rekreasi.

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 tengah hari sebelum didapati terhempas di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar.

Dua mangsa yang berada dalam kopkit disahkan terkorban apabila terbenam pada kedalaman dua meter dalam tanah jenis gambut di kebun tersebut.

Identiti mangsa dikenalpasti adalah juruterbang pesawat itu, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI