fbpx

Mahkamah: Pegawai penyiasat terima arahan henti siasatan kes 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh Shidiqqin Zon

KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau pernah menerima arahan daripada pihak tertentu agar tidak meneruskan siasatan kes bertujuan melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pendakwaan, lapan tahun lalu.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin berkata, arahan itu diterima selepas pelantikan Tan Sri Dzulkfili Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baharu pada 2016 menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib identiti individu yang mengeluarkan arahan tersebut, saksi pendakwaan ke-49 (SP49) berkata beliau mengingatinya namun ada mencatatnya dalam diari siasatan.

Menurut Nur Aida, 37, terdapat laporan polis dibuat oleh pihak tertentu yang mendakwa wujud konspirasi melibatkan Abu Kassim, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk menggulingkan Najib dan kerajaan ketika itu.

Maklumat itu diperolehi ketika mahkamah mendengar rakaman audio perbualan di antara bekas Perdana Menteri dan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.

Sebanyak sembilan rakaman audio dimainkan di mahkamah pada perbicaraan kes Najib, 71, yang menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI