fbpx

Suami isteri maut, motosikal gagal elak trak pikap rosak di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mitsubishi Triton yang dirempuh pasangan suami isteri menaiki motosikal di kilometer (KM) 415.1 Lebuh Raya Utara Selatan, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah trak pikap dalam kejadian di kilometer (KM) 415.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 11.05 pagi itu berlaku ketika pasangan berusia 38 dan 36 tahun itu dalam perjalanan dari kampung di Kamunting, Perak menuju ke rumah mereka di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NMax, kereta jenis Mitsubishi Triton dan Toyota Vios.

Katanya, siasat mendapati, mangsa gagal mengelak Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.

“Ekoran itu, penunggang motosikal telah melanggar bahagian belakang trak pikap tersebut lalu terpelanting ke sebelah kanan jalan.

“Susulan itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di laluan berkenaan telah melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, Faizal memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Tambah Faizal, kedua-dua mangsa dikejarkan ke di Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan,” ujar beliau.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI