fbpx

Tun Taib Mahmud kini terima rawatan di KL – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib -GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud kini berada di ibu negara dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di sini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Tegas beliau, kertas siasatan berhubung kes dakwaan Abdul Taib dilarikan dari hospital telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak.

“Kes bukan disiasat atas insiden dilarikan tetapi menjurus kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan beliau.

“Tiada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas TYT (Tuan Yang Terutama) berkenaan,” katanya.

Isnin lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan menerima laporan kes membawa keluar Abdul Taib dari sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak.

Baru-baru ini, tular satu laporan polis yang mendakwa Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI